eien ni.


17.5.13

hai and hi!

salam..
lama rasanya tak menulis kat sini, tapi selalu je refresh dashboard. ;)
pelbagai cabaran yang dihadapi dalam musim exam kali ini; pergh, memang tak boleh bla.
-kepanasan suhu bilik yang melampau menyebabkan aku ditemani peluh setiap hari. memang rare study sambil mengeluarkan peluh.
-setiap hari jadi inspector gadget nak keluar bilik. usha kiri kanan ada technician tak. memang menajamkan skill.
-kebisingan makhluk-makhluk asing memecah keheningan malam. acece, cuba respek sikit orang lain.
-simptom yang selalu dihadapi, malas. last minute, berterabur baca itu ini.

jangan nak kata aku asyik makan biskut je eh, aku rajin je beli makanan setiap hari. hahaha!
selera makan tinggi time exam, mana taknya, ada je makanan dalam mulut time nak study.
pastu distracted, pastu check fb jap, pastu leka.

kegilaan apa yang budak-budak ini cuba lakukan, menyanyi dan menari di saat ini.
mentang-mentang tinggal 1 paper je.

sebenarnya, aku tak sabar sangat-sangat nak balik weh.walaupun aku akan mendengar salakan anjing setiap pagi, aku tak perlu berfikir masalah akademik.free mind and soul gitu.

fine, aku pun nak melepak jap sebelum sambung kerja-kerja yang tertangguh. dah 2 hari tengok movie saja, fokus!

mari memasak!

0 pengkritik bebas: