eien ni.


30.5.13

minggu pertama.

salam..
diam tak diam, dah lebih kurang satu minggu cuti kan.
semangat suruh orang update, tapi diri sendiri malas sangat-sangat.
sebenarnya, minggu ini, aku tak bukak laptop pun.sekarang, yes!

aku berada dalam misi membaca.haha! tak boleh bla ayat.
serius, dah lama gila tak baca buku-buku yang bukan ilmiah bak hang.
ini jelah masanya, so, sabtu lepas aku ada lah pergi pesta buku kat sacc mall, shah alam.
best kot! booth banyak dan tak terlampau sesak macam kat pwtc. yelah, tak tahan beb bau-bau yang ada.
bila baca novel, rasa macam remaja lah pulak.gelak sorang-sorang. aku suggest korang baca lah novel 'Suami aku Ustaz'. serius lawak dan adalah ilmiah sikit. ;)

hmm, yang lain, biasalah buat kerja-kerja rumah yang patut selain memasak.heeee~
aku memang tak boleh nak memasak kalau mak aku ada kat rumah.
bukan apa, nanti trial and error terus error jep. habis aku kena complain bila berasap je dapur tu kang.
tak tahan nak dengar bebelan. hahaa.
tapi nak kata sibuk tu, tak sangatlah.best sangat, kipas pun laju.tetiba sangat kan pasal kipas pulak.

mak aku sekarang sangat caring ngan bunga-bunga kat belakang rumah tu.
tapi cantik gak aku tengok, takdelah bosan nak melayan adik-adik aku yang nakal.
walaupun dua orang tu je kat rumah, rasa macam ada sepuluh orang. bising tak hengat.

sebenarnya, aku teringin gak nak belajar menjahit, tapi stress betul bila nak buat.
memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
kalau kain tu lembut, lagi geram. tapi best pakai lah.
nak guna mesin jahit lagi berdebar.macam nak drive kereta rasa.
ceh, alasan itu semua.

ok lah, nak sambung baca novel. pasal crime, besssstttttttt~

17.5.13

hai and hi!

salam..
lama rasanya tak menulis kat sini, tapi selalu je refresh dashboard. ;)
pelbagai cabaran yang dihadapi dalam musim exam kali ini; pergh, memang tak boleh bla.
-kepanasan suhu bilik yang melampau menyebabkan aku ditemani peluh setiap hari. memang rare study sambil mengeluarkan peluh.
-setiap hari jadi inspector gadget nak keluar bilik. usha kiri kanan ada technician tak. memang menajamkan skill.
-kebisingan makhluk-makhluk asing memecah keheningan malam. acece, cuba respek sikit orang lain.
-simptom yang selalu dihadapi, malas. last minute, berterabur baca itu ini.

jangan nak kata aku asyik makan biskut je eh, aku rajin je beli makanan setiap hari. hahaha!
selera makan tinggi time exam, mana taknya, ada je makanan dalam mulut time nak study.
pastu distracted, pastu check fb jap, pastu leka.

kegilaan apa yang budak-budak ini cuba lakukan, menyanyi dan menari di saat ini.
mentang-mentang tinggal 1 paper je.

sebenarnya, aku tak sabar sangat-sangat nak balik weh.walaupun aku akan mendengar salakan anjing setiap pagi, aku tak perlu berfikir masalah akademik.free mind and soul gitu.

fine, aku pun nak melepak jap sebelum sambung kerja-kerja yang tertangguh. dah 2 hari tengok movie saja, fokus!

mari memasak!